Monday, January 16, 2012

Crapping 101 #45 --> Fikirkan sejenak teman-temanku, hidup ini sangat aneh.

Hidup ini sangat aneh.

Kadang-kadang, kita perlu buka mata dan menyoal, kenapa ada orang yang amat membenci diri kita. Di mana titik permulaan kesalahan kita, bolehkah di undurkan semula kesalahan itu? Setiap orang, pasti boleh mendapat keampunan dari orang yang membenci. Semua orang berhak menerima peluang kedua.

Kadang-kadang, kita perlu buka mata dan menyoal, kenapa ada orang yang amat mencintai diri kita. Padahal, kita tidak sehebat mana pun. Bukan harta dan kekayaan yang dicari, tapi, kesucian di dalam hati yang di nilai. Tanya, kenapa cinta dia amat suci dan ikhlas terhadap diri kita? Kenapa dia tidak boleh melupakan kita? Haruskah aku mencuba sekali lagi, memberi peluang kepadanya? Tanya diri anda semua itu. Sekali lagi, setiap manusia berhak menerima peluang kedua.

Kadang-kadang, kita perlu buka mata dan menyoal, kenapa diri kita amat menyintai seseorang itu. Memang dia tidak memiliki harta, tidak memiliki rupa sekacak Brad Pitt, tapi, hatinya amat murni, dan matanya hanya menunjukkan cinta ikhlas. Kelakuannya, tutur katanya, cara dia membawa diri, cara dia menghormati, mungkin kerana semua itu, kita tidak dapat melupakan seseorang itu sehingga ke akhir hayat.

Kadang-kadang, kita perlu buka mata dan menyoal, kenapa ada orang yang sanggup berkorban apa sahaja untuk kita. Keluarga, agama, anak-anak yang dicintainya, hidupnya. Tanya pada diri, betulkah begitu suci, murni dan ikhlas cintanya terhadap diri kita? Bolehkah dia menjadi ibu/bapa kepada anak kita? Kalau sudah sanggup di korbankan segalanya, telah difikir panjang oleh dirinya, memang, dia boleh menjadi isteri/suami kepada diri anda. Kerana, cinta sejati itu bermaksud, mereka yang sanggup melakukan apa sahaja, demi menyelamatkan suatu hubungan, demi untuk membahagiakan kita.

Setiap orang berhak menerima peluang kedua dalam hidup. Ujian memang akan terus datang dan tidak akan pernah meninggalkan kita. Semua itu, hanya untuk menguji kekuatan mental dan fizikal diri kita. Menguji kecekalan diri kita. Menguji sedalam mana keikhlasan diri kita. Menguji kesedaran diri kita.

Fikirkan sejenak teman-temanku. Jadilah manusia yang sentiasa memberi peluang kepada orang yang lain, kerana itu akan menjadikan diri kita hebat dan dipandang tinggi oleh masyarakat.

u kno u love me,
-x.o.x.o.-

No comments: