Sunday, July 12, 2009

sajak hati

baru semalam aku rasa bersalah pada teman paling baikku,
harini, aku digemparkan lagi, aku baru tau, yang selama ini,teman yang ku anggap adik,telah menyimpan perasaannya dariku,
aku betul2 ingat semuanya telah selesai seketika dulu,
tapi,tak sangka,oh,baru ku ingat, aku ini bukan jenis berdendam...
adakah kerana dendam?
adakah kerana sayang?
adakah kerana sakit hati yang kemudiannya memakan diri dan menjadi benci dan meluat dan akhirnya bertukar menjadi dendam?

tapi,apa kamu tidak tahu,
katakan padaku,kalau ku tidak pernah memberitahumu tentang diriku?
apa tidak berkali2 ku telah berkata minta maaf dengan penuh ikhlas?

manusia melakukan kesilapan,manusia tetap akan melakukan kesilapan banyak kali..
aku ingat kamu telah pun melupakan kisah lama,kerana kamu sendiri berkata kita tidak akan bertengkar lagi,tapi kini...
sayang kerana ini terjadi..

aku tau kamu berperasaan,
aku juga berperasaan,
aku tau kamu terluka,
aku juga terluka,
mungkin benar keputusanmu,
aku tidak tahu,
aku takut untuk berkata apa,
kerana,
aku tau,apa saja yang aku kata,semuanya adalah salah.

tapi,tetap disini, ku ingin meminta maaf,kalau aku bisa mematikan tubuhku ini,supaya kamu dapat melupakannya,ku akan membuat begitu,(bukankah manusia selalu memaafkan orang yang telah mati?)

mungkin,jika ku fikirkan lagi,ku akan jatuh sakit.....

-sajak hati-
-written on 12th july 2009,spontaneously-

No comments: