Saturday, July 30, 2005

-terpaku-

Aku terbaring layu,
Aku kaku,
Aku tidak bisa menggerakkan badanku,
Aku cuma mampu mengelip mataku,
Tetapi cahaya terang menyakiti mataku,
Aku cuba menjerit,
Tetapi suaraku tidak kedengaran,
Suaraku ditelan angin yang bertiupan,
Aku lemah,Aku layu,
Aku tidak bermaya,
Aku cuba bangkit,
Mengapa?Mengapa?
Aku tertanya-tanya,
Adakah aku akan terikat disini untuk selama-lamanya?
Adakah aku akan reput disini?
Tidak,Aku mahu pulang,
Aku mahu pulang...
Lepaskanlah diriku ini,
Lepaskanlah aku yang lemah dan tak bermaya ini,
Jangan biarkan diriku terpaku disini,
Kesunyian,tanpa sesiapa...

-created on 280705-

No comments: