Friday, June 09, 2006

egoku...egomu jua....

selalu aku terbayang,
setelah kini kita tidak bersama,
adakah kau gembira tanpaku di luar sana,
adakah kau mampu mencintai orang lain,
sebagaimana aku mencin tai dirimu,
pernah juga aku terfikir,
adakah kau teringatkan diriku ini,
adakah kau merindui belaianku,
sebagaimana aku merinduinya,
atau adakah kau juga masih mencintaiku,
sebagaimana aku masih mencintai dan merindui dirimu itu,
setiap saat,setiap hari,
mungkin juga,
kau tidak teringatkan diriku,
atau kau membenci diriku,
atau kau tidak mahu mempunyai kaitan atau ikatan dengan ku lagi,
mungkin semua ini benar,
cuma aku yang tidak mahu percaya,
atau mungkin,
aku membiarkan egoku bertakhta.....