Thursday, July 21, 2005

Persoalan 2...

Apa yang telah aku lakukan?
Kesilapan yang tidak patut terjadi,
Mengapa?
Mengapa aku terseksa begini?
Mengapa harus berakhir begini?
Apa harus aku terima penghinaan ini?
Apa harus aku simpan dendam ini?
Dan biarkan diriku dibakar api yang membara didalamku?
Atau biarkan hati ini diguris lagi?
Walaupun aku lemah,
Tak bisa melangkah,
Tak bisa tersenyum,
Aku pasti dapat berdiri,
Tabah hati menghadapinya,
Kerna diriku amat berharga,
Kerna aku masih memiliki keluarga,
Kerna aku yakin,
Bahawa diriku,walaupun lemah,
Dengan semangat membara dan sokongan padu,
Aku pasti melangkah jauh ke hadapan...

Writen by,
-Nathra Najmie Devarajah-
-20 July 2005-

No comments: