Sepinya,
Perasaan tanpa sesiapa,
Sunyi ku didalam duniaku sendiri,
Hanya ditemani nadi pernafasanku,
Kegelapan membutai penglihatanku..
Tatkala di dalam kesunyian dan kesepian ini,
Persoalan masih menghantui pemikiranku,
Persoalan yang masih ku belum ketahui jawapannya dari dulu,
Diriku meronta-ronta,
Ku ingin dijawab,
Aku tidak mahu dihantui persoalan-persoalan ini,
Aku sudah penat berfikir..
Tapi ku pasti,
Duniaku akan kembali terang,
Seperti dulukala ketikaku masih belum kenali dunia sebenar,
Dan ku pasti,
Persoalan itu akan terjawab..
No comments:
Post a Comment